
Pneumonia pneumokokal ialah penyakit yang berjangkit dan berpotensi menyebabkan penyakit paru-paru bakteria yang serius1. Bakteria paling biasa yang menyebabkan pneumonia pneumokokal dinamakan Streptococcus pneumoniae2. Apabila bakteria tersebut memasuki paru-paru, ia boleh menyebabkan sebahagian daripada alveoli (kantung udara di dalam paru-paru) merandang dan penuh dengan lendir. Inilah yang menyebabkan gejala pneumonia pneumokokal seperti sakit dada, batuk, dan kesukaran bernafas2.
Pneumonia pneumokokal boleh mengganggu rutin harian anda selama beberapa minggu3. Dalam kes yang serius, ia memerlukan kemasukan hospital dan boleh mengancam nyawa1.


Setiap orang memainkan peranan penting dalam memastikan individu di setiap peringkat umur berpeluang untuk mencegah penyakit melalui vaksinasi8. Sila rujuk doktor anda tentang vaksinasi hari ini.
Kami bergantung pada anda untuk memastikan diri dan keluarga anda dalam keadaan sihat. Anda mempunyai kemampuan untuk membantu mencegah penyakit.
Tiga sebab penting untuk mendapatkan vaksin9:
- Vaksin mengurangkan peluang anda jatuh sakit.
- Vaksin mengurangkan peluang anda menyebarkan penyakit tertentu.
- Vaksin adalah pilihan yang baik untuk melindungi kesihatan anda.

Sebuah kempen kesedaran awam bersepadu untuk memperjuangkan sokongan terhadap pencegahan penyakit pneumokokal melalui vaksinasi4,9.
Kempen ini disandarkan oleh hab sumber digital yang menyediakan maklumat tentang pneumonia pneumokokal dengan alat penglibatan seperti kuiz faktor risiko, panduan tentang pencegahan penyakit, bahan yang boleh dimuat turun, serta kisah video "wira vaksin" yang akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan mereka dan meluaskan pencegahan melalui vaksinasi.
References
- Prevent Pneumonia. About Pneumonia. Overview. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/about-pneumonia/
- Prevent Pneumonia. About Pneumonia. Causes. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/about-pneumonia/
- Prevent Pneumonia. About Pneumonia. Severity. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/about-pneumonia/
- Florida Health. Infants & Children. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.thepowertoprotect.org/children/infants-children/
- Prevent Pneumonia. Am I At Risk. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/
- CodeBlue. Travel Agencies Want Pneumococcal Vaccines For Hajj, Umrah Pilgrims. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://codeblue.galencentre.org/2021/11/17/travel-agencies-want-pneumococcal-vaccines-for-hajj-umrah-pilgrims/
- Oregon Health Authority. Adult Immunization. Reduce the occurrence of vaccine-preventable diseases. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.oregon.gov/oha/ph/preventionwellness/vaccinesimmunization/gettingimmunized/pages/adults.aspx
- CodeBlue. Why The Elderly Should Get Pneumococcal Vaccine. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://codeblue.galencentre.org/2021/05/21/why-the-elderly-should-get-pneumococcal-vaccine/
- Prevent Pneumonia. What Can I Do? Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/what-can-i-do/