WARGA EMAS<sup>3</sup>

Berumur 65 tahun atau lebih? Anda mungkin berisiko lebih tinggi menghidap pneumonia pneumokokal3.

Inilah sebabnya: Oleh kerana sistem imun kita semakin lemah seiring dengan umur, badan kita lebih sukar untuk melawan jangkitan dan penyakit seperti pneumonia pneumokokal, walaupun bagi orang dewasa yang sihat3.​

Image

Risiko kemasukan hospital dengan pneumonia pneumokokal meningkat seiring dengan umur3.

*Bergantung kepada golongan berisiko (sihat; orang dewasa termasuk mereka tanpa sejarah risiko tinggi atau keadaan berisiko, berisiko; orang dewasa termasuk yang imunokompeten dengan 1 atau lebih masalah kesihatan yang kronik atau risiko tinggi; orang dewasa termasuk mereka yang imunokompromi atau mempunyai implan koklear)3.

†Risiko lebih tinggi berbanding dengan orang dewasa yang sihat berumur 18-49 tahun3.

KETAHUI RISIKO ANDA3
Berapakah umur anda?
18-49 tahun
50-64 tahun
65 tahun dan ke atas

ANDA MENJAWAB: 18–49​ tahun

Bagus! Anda mungkin tidak berisiko berdasarkan umur semata-mata.​

Walaupun umur anda mungkin tidak membahayakan anda sekarang, perlu diingat bahawa risiko menghidap pneumonia pneumokokal meningkat seiring dengan umur3.​

ANDA MENJAWAB: 50-64 tahun

Mungkin berisiko berdasarkan umur.

Umur merupakan salah satu faktor risiko pneumonia pneumokokal. Malah orang dewasa yang sihat semuda 50 tahun mungkin berisiko menghidapnya3.​

ANDA MENJAWAB: 65 tahun dan ke atas

Mungkin berisiko berdasarkan umur.

Umur merupakan salah satu faktor risiko pneumonia pneumokokal, malah orang dewasa yang sihat berumur 65 tahun atau ke atas berisiko tinggi menghidap penyakit pneumokokal3.

SETERUSNYA

Diadaptasi daripada https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/. Diaskses kali terakhir 10 Mac 2022.

ORANG DEWASA DENGAN MASALAH KESIHATAN TERTENTU<sup>3</sup>

Masalah kesihatan kronik seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), asma, penyakit jantung dan diabetes boleh meningkatkan risiko menghidap pneumonia pneumokokal3.

Masalah kesihatan kronik boleh menjadikan orang lebih terdedah kepada penyakit yang berpotensi serius seperti pneumonia pneumokokal3.​

Masalah kesihatan kronik tertentu meningkatkan risiko dalam kalangan dewasa yang berumur 65 tahun dan ke atas*3.
*Berbanding orang dewasa sihat yang berumur 65 tahun dan ke atas.

image

COPD (Penyakit pulmonari obstruktif kronik)

KETAHUI RISIKO ANDA3
Adakah anda mengalami sebarang masalah kronik (cth., COPD, asma, penyakit jantung dan diabetes) atau sistem imun yang lemah?
YA
TIDAK

Anda menjawab: YA

Mungkin berisiko berdasarkan masalah kesihatan kronik.

Masalah kesihatan kronik seperti COPD, asma, penyakit jantung dan diabetes boleh meningkatkan risiko menghidap pneumonia pneumokokal.3

ANDA MENJAWAB: TIDAK

Bagus! Anda mungkin tidak berisiko berdasarkan keadaan kronik.

Walaupun anda mungkin tidak berisiko disebabkan keadaan kronik, ia penting diingatkan bahawa salah satu faktor risiko penumonia pneumokokal adalah umur3.

SETERUSNYA

Diadaptasi daripada https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/. Diaskses kali terakhir 10 Mac 2022.

PEROKOK<sup>3</sup>

Merokok merosakkan tisu paru-paru yang lemah, menjadikannya lebih terdedah kepada jangkitan3.

Apabila tisu paru-paru rosak kerana merokok, terdapat risiko tinggi mengalami jangkitan oleh bakteria yang menyebabkan pneumonia pneumokokal3.​

image

KETAHUI RISIKO ANDA3
Adakah anda merokok?
YA
TIDAK

ANDA MENJAWAB: YA

Mungkin berisiko.

Faktor gaya hidup tertentu, seperti merokok, boleh merosakkan tisu lemah yang melapisi paru-paru. Keadaan ini menjadikan paru-paru lebih terdedah kepada pneumonia pneumokokal3.

ANDA MENJAWAB: TIDAK

Bagus! Anda mungkin tidak berisiko.

Walau bagaimanapun, ia penting untuk diingatkan bahawa orang dewasa sihat yang berumur 65 tahun atau lebih juga berisiko tinggi menghidapi pneumonia pneumokokal3.

SETERUSNYA

Diadaptasi daripada https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/. Diaskses kali terakhir 10 Mac 2022.

TEMPAT UNTUK DITUJU
Cari klinik atau hospital berhampiran anda dan tanya doktor tentang vaksin pneumokokal hari ini!
PILIH NEGERI
SEMUA KAWASAN
  • Semua Kawasan
GUNA LOKASI SAYA
 

Rujukan

  1. Prevent Pneumonia. Did You Know? Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/did-you-know/​​
  2. CodeBlue. Why The Elderly Should Get Pneumococcal Vaccine. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://codeblue.galencentre.org/2021/05/21/why-the-elderly-should-get-pneumococcal-vaccine/​
  3. Prevent Pneumonia. Am I At Risk? Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/​
FacebookFacebook