Berumur 65 tahun atau lebih? Anda mungkin berisiko lebih tinggi menghidap pneumonia pneumokokal3.
Inilah sebabnya: Oleh kerana sistem imun kita semakin lemah seiring dengan umur, badan kita lebih sukar untuk melawan jangkitan dan penyakit seperti pneumonia pneumokokal, walaupun bagi orang dewasa yang sihat3.
Risiko kemasukan hospital dengan pneumonia pneumokokal meningkat seiring dengan umur3.
*Bergantung kepada golongan berisiko (sihat; orang dewasa termasuk mereka tanpa sejarah risiko tinggi atau keadaan berisiko, berisiko; orang dewasa termasuk yang imunokompeten dengan 1 atau lebih masalah kesihatan yang kronik atau risiko tinggi; orang dewasa termasuk mereka yang imunokompromi atau mempunyai implan koklear)3.
†Risiko lebih tinggi berbanding dengan orang dewasa yang sihat berumur 18-49 tahun3.
ANDA MENJAWAB: 18–49 tahun
Bagus! Anda mungkin tidak berisiko berdasarkan umur semata-mata.
Walaupun umur anda mungkin tidak membahayakan anda sekarang, perlu diingat bahawa risiko menghidap pneumonia pneumokokal meningkat seiring dengan umur3.
ANDA MENJAWAB: 50-64 tahun
Mungkin berisiko berdasarkan umur.
Umur merupakan salah satu faktor risiko pneumonia pneumokokal. Malah orang dewasa yang sihat semuda 50 tahun mungkin berisiko menghidapnya3.
ANDA MENJAWAB: 65 tahun dan ke atas
Mungkin berisiko berdasarkan umur.
Umur merupakan salah satu faktor risiko pneumonia pneumokokal, malah orang dewasa yang sihat berumur 65 tahun atau ke atas berisiko tinggi menghidap penyakit pneumokokal3.
Diadaptasi daripada https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/. Diaskses kali terakhir 10 Mac 2022.
Masalah kesihatan kronik seperti penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD), asma, penyakit jantung dan diabetes boleh meningkatkan risiko menghidap pneumonia pneumokokal3.
Masalah kesihatan kronik boleh menjadikan orang lebih terdedah kepada penyakit yang berpotensi serius seperti pneumonia pneumokokal3.
Masalah kesihatan kronik tertentu meningkatkan risiko dalam kalangan dewasa yang berumur 65 tahun dan ke atas*3.
*Berbanding orang dewasa sihat yang berumur 65 tahun dan ke atas.
COPD (Penyakit pulmonari obstruktif kronik)
Anda menjawab: YA
Mungkin berisiko berdasarkan masalah kesihatan kronik.
Masalah kesihatan kronik seperti COPD, asma, penyakit jantung dan diabetes boleh meningkatkan risiko menghidap pneumonia pneumokokal.3
ANDA MENJAWAB: TIDAK
Bagus! Anda mungkin tidak berisiko berdasarkan keadaan kronik.
Walaupun anda mungkin tidak berisiko disebabkan keadaan kronik, ia penting diingatkan bahawa salah satu faktor risiko penumonia pneumokokal adalah umur3.
Diadaptasi daripada https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/. Diaskses kali terakhir 10 Mac 2022.
Merokok merosakkan tisu paru-paru yang lemah, menjadikannya lebih terdedah kepada jangkitan3.
Apabila tisu paru-paru rosak kerana merokok, terdapat risiko tinggi mengalami jangkitan oleh bakteria yang menyebabkan pneumonia pneumokokal3.
ANDA MENJAWAB: YA
Mungkin berisiko.
Faktor gaya hidup tertentu, seperti merokok, boleh merosakkan tisu lemah yang melapisi paru-paru. Keadaan ini menjadikan paru-paru lebih terdedah kepada pneumonia pneumokokal3.
ANDA MENJAWAB: TIDAK
Bagus! Anda mungkin tidak berisiko.
Walau bagaimanapun, ia penting untuk diingatkan bahawa orang dewasa sihat yang berumur 65 tahun atau lebih juga berisiko tinggi menghidapi pneumonia pneumokokal3.
Diadaptasi daripada https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/. Diaskses kali terakhir 10 Mac 2022.

Vaksinasi yang berterusan merupakan asas penting untuk memastikan komuniti kita sihat kerana ia melindungi kita daripada banyak penyakit berjangkit yang serius di setiap peringkat kehidupan2.
Muat turun jurnal vaksinasi kami secara PERCUMA untuk mengetahui lebih lanjut! Bawa jurnal tesebut bersama anda ke pemeriksaan kesihatan dan minta doktor anda untuk mengisi maklumat bagi setiap vaksin yang diterima oleh anda. Anda boleh memastikan rekod imunisasi yang tepat dan terkini dengan cara itu.

Rujukan
- Prevent Pneumonia. Did You Know? Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/did-you-know/
- CodeBlue. Why The Elderly Should Get Pneumococcal Vaccine. Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://codeblue.galencentre.org/2021/05/21/why-the-elderly-should-get-pneumococcal-vaccine/
- Prevent Pneumonia. Am I At Risk? Last accessed: 14 April 2022. Retrieved from: https://www.preventpneumonia.com.my/am-i-at-risk/